Adat persandingan yang bukan dari islam.


Oooohooohoiiii...haha amboi-amboi macam-macam redz baca komen korang,bukan main lagi ekkkk...
but it's ok..huhu
ok kali ini redz nak cerita pasal "Adat persandingan yang bukan dari islam" redz nak cerita pun pasal banyak sangat dapat undangan majlis kahwin,haha gemok dah taw asyik makan je..
ok jom kite zasssssss...

bile ada majlis kahwin mesti ada persandingan kan? tapi tahukah kita persandingan itu dibenarkan dalam islam ataupun tidak? ok cuba tengok gambar kat bawah:



Samakan?ok sebenarnya majlis persandingan berasal daripada kaum hindu dan merupakan adat untuk meraikan pengantin,bagi kaum melayu pula adat persandingan tidak boleh dilabelkan sebagai wajib kerana bertentangan dengan islam.Ini kerana tujuan adat ini diadakan bagi mempamerkan pengantin.Tetapi sekiranya ingin juga mengadakan majlis ini,mestilah diadakan dengan hanya terdiri daripada ahli keluarga dan tidak dipamerkan kepada khalayak ramai.


 Selain itu adat mandi bunga juga bukan datangnya dari islam,ini kerana kepercayaan didalam melakukan adat ini bercanggah dengan islam,iaitu percaya dengan mandi bunga dapat membuang sial atau nasib malang.



 
 Adat menabur beras kunyit juga merupakan sesuatu adat yang bukan datangnya dari islam,kerana adat menabur beras kunyit merupakan adat yang dilakukan oleh kaum hindu untuk menyambut pengantin.

ok sedar ataupun tidak kita kaum melayu banyak terpengaruh dengan adat-adat hindu. "sesiapa yang menyamai sesuatu golongan nescaya dia tergolong didalam golongan itu"oleh itu ingat jangan mempercayai adat-adat yang bercanggah dari islam.fuhhh..redz dah tak taw nak bebel apa lagi dah...(n_n)

arrr..ok selain dekat atas upacara-upacara perkahwinan yang berupa adat istiadat bangsa dan dilarang dalam agama islam kerana melanggar syarak juga seperti:-

-wujud unsur pembaziran.(berbelanja berlebihan untuk hiasan & hantaran)
-wujud unsur pemujaan & khurafat.(menjampi serapah menggunakan khidmat bomoh & dukun)
-wujud unsur kepercayaan tahyul.(mengamalkan amalan tahyul seperti potong andam)
-melebihkan adat resam dari tuntutan agama.(ramai yang pentingkan adat resam sedangkan adat tersebut bertentangan dengan syarak)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan